Tuesday, June 18, 2013

DESIGN BARU

Assalammualaikum semua. Heh macam ada je orang yang nak baca blog nie. Maklum lah blog nie aku buat sekadar coretan untuk diri sendiri sahaja. Untuk buat pendoman or kenangan kelak nanti. Alhamdulillah baru-baru nie aku berjaya menyiapkan lagi 1 design baju untuk bisness aku dan kawan-kawan yang sekarang makin rancak nie. Terima kasih sangat-sangat kepada semua partner-partner aku yang banyak bermandi peluh mencurahkan keringat mereka. 

Walaupon mereka ada kerja masing-masing, tapi mereka tetap buat bisness nie berjalan lancar. Termasuk aku so, ada 4 orang partner dalam bisness aku nie. Seorang dengan plan marketing dia nyer, sampai page GOM Studio dah mencecah seribu lebih "liked". Seorang dengan operating plan nyer, habis semua supplier baju dia cari untuk dapatkan baju harga paling murah dan berkualiti, dia juga lah yang banyak belajar pasal barang-barang untuk nak buat baju nie. Seorang lagi dengan customer services nyer, dia lah yang akan update semua order dari pelanggan. Dan aku, hanya sekadar menolong operation dan juga buat design sikit-sikit. 

Partner aku yang lukis, pastue aku lak yang warna.

Hahaha. Smart kan? Kalau tak smart bagi korang. Takpe lah. Biasa lah tue, coz citarasa semua orang tak sama kan. Sebenarnya ada lagi design yang masih tertangguh. Tapi yang nie, memang totally aku buat lah. Sebab tue tertangguh tue. Aihhhh. Perangai memang tak berubah, asyik menangguhkan kerja je. Bila lah nak berubah nie pon tak tahu lah.


Design aku yang tertangguh.

"Sepatutnya aku kena pegang pepatah nie, alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Baru lah kerja-kerja aku semua cepat siap. Nie tak, pepatah yang pegang nyer, hangat-hangat tahi ayam. Huhuhuhu."

0 comments: