Sunday, April 17, 2016

KEMBALI

Assalamualaikum. Akhirnya aku kembali menaip kat blog nie sekali lagi. Sebenarnya dah lama aku lupa, yang aku ada wujudkan blog aku sendiri. Sem lepas, masa nak buat blog untuk kelas Master, barulah aku perasan yang aku ada blog sebelum nie.

"Perlu ke hidupkan blog nie semula? Kenapa nak kembali menaip? Kenapa sekarang?"

Tiga soalan nie selalu aku fikirkan bila saja aku teringat pasal blog nie. Setelah aku fikirkan semua yang berlaku, aku putuskan untuk kembali menaip. Sebabnya (1) aku bukanlah jenis yang suka luahkan atau ceritakan apa yang aku fikirkan, biasanya aku hanya 'berkata-'kata' dalam otak aku sahaja; (2) facebook bagi aku, bukanlah tempat untuk aku bercerita. Sebab aku tidak suka bercerita masalah-masalah aku pada orang yang aku kenal tambahan pada adik beradik dan ibubapa aku; (3) blog nie belum tentu ada pembaca. Kiranya blog nie macam diari aku lah. Kalau ada pembaca pun, mungkin engkau tak kenal aku, dan aku tak kenal engkau; (4) sekarang nie aku tengah buat Master, ada banyak perkara yang aku rekodkan dalam blog nie, agar aku lebih serius dalam pembelajaran kali nie. Bukannya macam masa buat Degree dulu yang penuh dengan hiburan semata-mata.

"Aku telah jatuh, menagis dan menyesal. Kini aku cuba bangkit. Biarlah kelak aku berdiri, menagis dan berjaya."

0 comments: