Friday, March 1, 2013

PLAZA TOL KLIA

Assalammualaikum. Bulan nie aku sangat letih dengan kerja aku. Bila pak cik yang selalu uruskan cek-cek syarikat pergi umrah. So, sebagai seorang lelaki yang ada dalam office nie. Aku lah terpaksa pikul sekejap tanggungjawab dia. Dah lah aku nie orang pahang yang merantau kat sini. Nak kena pula jadi despatch. So, apa lagi, pakai Google Map lah aku. Siap print bagai. Memang tak sesat lah aku. Huhuhu. 

Hujan pula masa aku nak pi KL

Bulan nie aku sangat-sangat papa kedana. Terutamanya minggu nie. Sampai nak makan pon aku nak kena beringat selalu. Bagi tak over budget. Biasanya company aku bagi gaji awal seminggu, dalam 21-26hb dah dapat lah gaji. Tapi bulan nie company ada problem sikit. So gaji aku dapat lambat sikit lah kali nie, hari nie baru aku dapat.

Nie aku nak cerita sikit pengalaman aku. Semalam aku pergi ke Pejabat Kastam dekat sebelah KLIA untuk urusan pejabat. Masa tue aku ada duit RM1 je. Tue lah duit terakhir yang aku ada. Sedih gila. So, aku pinjam lah kat akak kat office RM10 untuk nak isi minyak kereta company. Keluar je aku dari Pejabat Kastam, aku pon cari lah signboard Putrajaya. Ada lah jumpa. So, aku ikut je lah. Tak sedar dah yang signboard tue warna hijau. Aku sedar yang aku dah masuk Plaza Tol KLIA bila dah bubuh minyak kereta RM10 tue. Huhuhu. Mampus lah aku. Nak bayar macam mana duit tol nie.

Aku pon cari lah hentian mana-mana yang ada ATM. Masa aku guna je ATM tue. Rupa-rupanya ATM tue tak boleh nak keluar duit. Hahaha. Gila. Serabut aku jadinya. Terpaksa geledah kereta company. Ada lah jumpa RM1.10. So, total aku ada RM2.10.

Plaza Tol KLIA

Dengan penuh harapan aku sampai ke Plaza Tol Putrajaya. Aku tengok orang depan kena RM2.20. Senyum lebar aku. ^_^ Sampai je aku bagi tiket. Akak tol cakap RM4.30. T_T terkejut aku. Aku pon merayu lah kat akak tue, cakap nie je duit yang aku ada. Muka masa tue memang minta simpati habis lah. Dah lah akak tue cun giler, jatuh maruah aku jap. Huhuhu. So, dia pon lepaskan je lah aku. Memang bersyukur gila lah aku. Pagi nie aku cerita kat boss pasal kat benda nie.Gelak sakan dia.  Dia cakap dia pon dulu pernah gak kena camnie. So, nanti aku boleh jadi macam boss lah kan coz ada pengalaman sama macam boss. Hahahaha.

"Kadang-kadang kita perlu merasa hidup susah untuk menghargai nikmat kesenangan"

1 comments:

Amalina Lee said...

Haha baiknya akak tol tu ^_^