Wednesday, February 20, 2013

KAHWIN


Assalammualaikum. Hahahaha. Gelak kejap bila fikir balik tajuk post kali nie. Tapi tue lah yang aku selalu fikirkan sejak aku mula bekerja. Aku tak tahu lah orang lain macam mana, tapi aku sentiasa fikir, mampukah aku untuk bagi makan anak dara orang bila sudah kahwin nanti? Berapa tahap gaji aku yang cukup untuk aku berkahwin nanti? Tue antara soalan-soalan yang selalu bermain dalam otak aku sekarang nie. Mungkin kah kerana gaji aku yang terlalu sedikit atau aku terlalu fikirkan sangat pasal kahwin. Tue aku tak tahu. Huhuhu.

Ya, gaji aku sedikit tapi aku enjoy dengan kerja aku sekarang. Kelak aku mungkin akan mencari kerja baru yang lebih banyak gaji, tapi biarlah buat sementara nie aku menimba ilmu dan pengalaman. Lagipon sekarang nie, bisnes aku baru saja mula belajar bernafas. Tengah tercungap-cungap lagi nie. Huhuhu. So, tunggu lah dulu bagi bisnes nie stabil dulu, lepas tue baru lah aku cari kerja baru. InShaAllah.

Adakah aku terlalu memikirkan sangat pasal kahwin? Ya. Hahahahahaha. Walaupun orang yang aku suka tue masih lagi belajar. Walaupon aku langsung tak beritahu dia pasal perasaan aku. Namun aku tetap selalu fikir pasal kahwin. Gatal kan aku nie. Huhuhu. Apa yang aku fikirkan bukanlah bagaimana rupa pelamin aku, bagaimana rupa baju pengantin aku, besar manakah kenduri kahwin aku nanti? Tapi apa yang aku fikirkan ialah bagaimana aku nak uruskan keluarga, belanja orang rumah dan bagaimana aku nak bahagikan masa kerja dengan masa untuk keluarga? Mungkin semua nie aku akan belajar lepas dah kahwin nanti kot. Harap-harap macam tue lah.

"Sekarang ramai yang terlalu fikirkan belanja kenduri kahwin. Hingga sanggup menghabiskan semua duit yang dikumpul. Sedangkan perbelanjaan selepas kahwin sebenarnya lebih penting."

Pelamin kahwin kawan aku tahun lepas. Huhuhu.

2 comments:

berdasarkan pengalaman aku..walaupun gaji kita tak berapa besar tp klau kita bijak belanja insyallah cukup..beli bende yg perlu je..pendapat aku lah mcm kete baik beli viva je dulu..nanti lama2 baru tukar..biarkan org mengata janji kita hepi hutang kurang

mr.libra said...

betul3...apa2 pon, cara kawal perbelanjaan tue lah yang paling penting...kalau tak mapu buat cara tak mampu..jangan belanja ikut nafsu...thanks yerk..huhuhu