Saturday, June 22, 2013

RXZ DAN FAMILY

Assalammualaikum. Baru-baru nie, masa aku baru balik dari gym. Dalam pukul 11.30malam, aku singgah sekejap di Tesco Bukit Puchong untuk beli barang. Masa tue first time aku masuk Tesco tue dah lah dengan pakai baju kotor-kotor bagai. Dah macam orang lari rumah pon ada juga. Tapi nak buat macam mana kan, nama pon pergi gym, takkan nak pakai baju lawa-lawa pula kan.

Masa nak bayar kat kaunter tue, depan aku ada 1 family cina beli barang banyak gila kot. Aku perasan yang tanda harga barang-barang yang diorang beli tue tanda harga warna kuning. Bila tengok betul-betul baru aku perasan, kat tanda harga tue tulis "last stok". Ooowhh. Patut lah diorang beli banyak barang, last stok kan, so harga murah lah. Bagus betul lah diorang nie, memang berjimat betul lah. 

"Kadang-kadang orang salah paham antara kedekut dan berjimat."

Lepas tue pula, masa aku dah sampai tempat parking. Parking motor lah, kereta mana lah aku mampu nak beli lagi setakat nie. Huhuhu. Aku jumpa pula lagi 1 family. Suami, isteri yang sarat mengandung, budak perempuan dan motor RXZ. Muda lagi pasangan tue. Bila aku tengok, aku nampak bahgia je diorang tue. Walaupon hidup sedikit susah, tapi aku nampak muka yang tak lekang dengan senyuman. 

"Aku selalu fikir, bila dah betul-betul kukuh kewangan baru lah boleh kahwin. Betul kah begitu sebenarnya?"

0 comments: