Thursday, August 11, 2016

POSTING

Minggu depan ramai bakal-bakal guru akan posting ke sekolah masing-masing. Termasuklah housemates aku, 2 orang tue. Aku bangga dengan diorang. Selepas setahun lebih diorang graduated, akhirnya kini diorang berjaya dapat tempat untuk posting. 

Tapi, jujur aku cakap, aku cemburu dengan diorang. Kenapalah aku tak matang masa matrikulasi dulu? Main ikut je duk apply degree course yang sama dengan kawan-kawan. Langsung tak fikir tentang apa yang aku nak jadi nanti. Nak kata tak pandai, result lagi bagus dari orang lain.

Sekarang nie, aku hidup dengan kesilapan yang aku dah buat. Dan aku cuba untuk capai balik apa yang aku nak jadi. Destinasi yang aku impikan dulu nie, maybe aku tak boleh dah nak pergi, sebab aku dah terlajak jalan. So, aku akan pergi ke destinasi yang hampir sama dengan destinasi impian tue.

Monday, May 16, 2016

DI PENGHUJUNG SEM

Assalamualaikum. Seminggu dua nie, aku sangatlah busy dengan kerja-kerja mini projek aku. Dah lah setiap kelas ada mini projek masing-masing. So jadinya aku ada 4 mini projek yang nak kena siapkan.

Mula-mula, untuk kelas Operational Research (OR), aku dan kawan-kawan kena buat jurnal. Sebenarnya sekarang nie jurnal tue dah siap dah. Tapi bila nak hantar je ke international publication, sekali dia minta nak kena ada template LaTeX lah pula. Supaya nanti senang untuk diorang nak masukkan dalam jurnal diorang. Memang masalah lah nak kena belajar LaTex pula sekarang nie. Lagi satu masalah sekarang nie, laptop aku langsung tak boleh-boleh nak install software LaTeX. Nie dah 4 software aku try install, masih juga tak boleh nak guna.

Lepas tue, untuk kelas Kajian Kuantitatif (SRU) pula, aku dan partner kena buat kajian. Aku punya senang cerita, aku guna je lah final projek partner aku. Lepas dia dah siap buat part dia, bila aku nak tengok untuk buat analisis, baru aku perasan. Nak kena analisis pakai MANOVA lah projek dia nie. Aduyai. Pening lah macam nie. Memang advance sangat dah nie. Biasanya orang yang ambil Master mod A dan PhD je yang guna MANOVA. Sekarang nie, artikel untuk kajian tue kammi dah siap hantar dah. Tak tahu lah betul ke tak aku punya analisis tue. Rasa-rasanya memang ada salah. Tapi harap-harap takde lah banyak sangat salah dia. Amiinn.

Nie baru 2 kelas je. Ada lagi 2 kelas yang aku tak gerak-gerak lagi untuk nak buat mini projek. Harap-harap semuanya aku sempat siap dengan jayanya. 

Sunday, April 17, 2016

KEMBALI

Assalamualaikum. Akhirnya aku kembali menaip kat blog nie sekali lagi. Sebenarnya dah lama aku lupa, yang aku ada wujudkan blog aku sendiri. Sem lepas, masa nak buat blog untuk kelas Master, barulah aku perasan yang aku ada blog sebelum nie.

"Perlu ke hidupkan blog nie semula? Kenapa nak kembali menaip? Kenapa sekarang?"

Tiga soalan nie selalu aku fikirkan bila saja aku teringat pasal blog nie. Setelah aku fikirkan semua yang berlaku, aku putuskan untuk kembali menaip. Sebabnya (1) aku bukanlah jenis yang suka luahkan atau ceritakan apa yang aku fikirkan, biasanya aku hanya 'berkata-'kata' dalam otak aku sahaja; (2) facebook bagi aku, bukanlah tempat untuk aku bercerita. Sebab aku tidak suka bercerita masalah-masalah aku pada orang yang aku kenal tambahan pada adik beradik dan ibubapa aku; (3) blog nie belum tentu ada pembaca. Kiranya blog nie macam diari aku lah. Kalau ada pembaca pun, mungkin engkau tak kenal aku, dan aku tak kenal engkau; (4) sekarang nie aku tengah buat Master, ada banyak perkara yang aku rekodkan dalam blog nie, agar aku lebih serius dalam pembelajaran kali nie. Bukannya macam masa buat Degree dulu yang penuh dengan hiburan semata-mata.

"Aku telah jatuh, menagis dan menyesal. Kini aku cuba bangkit. Biarlah kelak aku berdiri, menagis dan berjaya."

Saturday, June 22, 2013

RXZ DAN FAMILY

Assalammualaikum. Baru-baru nie, masa aku baru balik dari gym. Dalam pukul 11.30malam, aku singgah sekejap di Tesco Bukit Puchong untuk beli barang. Masa tue first time aku masuk Tesco tue dah lah dengan pakai baju kotor-kotor bagai. Dah macam orang lari rumah pon ada juga. Tapi nak buat macam mana kan, nama pon pergi gym, takkan nak pakai baju lawa-lawa pula kan.

Masa nak bayar kat kaunter tue, depan aku ada 1 family cina beli barang banyak gila kot. Aku perasan yang tanda harga barang-barang yang diorang beli tue tanda harga warna kuning. Bila tengok betul-betul baru aku perasan, kat tanda harga tue tulis "last stok". Ooowhh. Patut lah diorang beli banyak barang, last stok kan, so harga murah lah. Bagus betul lah diorang nie, memang berjimat betul lah. 

"Kadang-kadang orang salah paham antara kedekut dan berjimat."

Lepas tue pula, masa aku dah sampai tempat parking. Parking motor lah, kereta mana lah aku mampu nak beli lagi setakat nie. Huhuhu. Aku jumpa pula lagi 1 family. Suami, isteri yang sarat mengandung, budak perempuan dan motor RXZ. Muda lagi pasangan tue. Bila aku tengok, aku nampak bahgia je diorang tue. Walaupon hidup sedikit susah, tapi aku nampak muka yang tak lekang dengan senyuman. 

"Aku selalu fikir, bila dah betul-betul kukuh kewangan baru lah boleh kahwin. Betul kah begitu sebenarnya?"

Tuesday, June 18, 2013

DESIGN BARU

Assalammualaikum semua. Heh macam ada je orang yang nak baca blog nie. Maklum lah blog nie aku buat sekadar coretan untuk diri sendiri sahaja. Untuk buat pendoman or kenangan kelak nanti. Alhamdulillah baru-baru nie aku berjaya menyiapkan lagi 1 design baju untuk bisness aku dan kawan-kawan yang sekarang makin rancak nie. Terima kasih sangat-sangat kepada semua partner-partner aku yang banyak bermandi peluh mencurahkan keringat mereka. 

Walaupon mereka ada kerja masing-masing, tapi mereka tetap buat bisness nie berjalan lancar. Termasuk aku so, ada 4 orang partner dalam bisness aku nie. Seorang dengan plan marketing dia nyer, sampai page GOM Studio dah mencecah seribu lebih "liked". Seorang dengan operating plan nyer, habis semua supplier baju dia cari untuk dapatkan baju harga paling murah dan berkualiti, dia juga lah yang banyak belajar pasal barang-barang untuk nak buat baju nie. Seorang lagi dengan customer services nyer, dia lah yang akan update semua order dari pelanggan. Dan aku, hanya sekadar menolong operation dan juga buat design sikit-sikit. 

Partner aku yang lukis, pastue aku lak yang warna.

Hahaha. Smart kan? Kalau tak smart bagi korang. Takpe lah. Biasa lah tue, coz citarasa semua orang tak sama kan. Sebenarnya ada lagi design yang masih tertangguh. Tapi yang nie, memang totally aku buat lah. Sebab tue tertangguh tue. Aihhhh. Perangai memang tak berubah, asyik menangguhkan kerja je. Bila lah nak berubah nie pon tak tahu lah.


Design aku yang tertangguh.

"Sepatutnya aku kena pegang pepatah nie, alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Baru lah kerja-kerja aku semua cepat siap. Nie tak, pepatah yang pegang nyer, hangat-hangat tahi ayam. Huhuhuhu."

Friday, May 24, 2013

PART TIME

Assalammualaikum, semua. jari aku masih lagi menggigil lagi akibat dari kerja part time semalam. Bukan nya kerja part time dari pukul 7malam samapai pukul 12malam. Tapi kerja start dari pukul 8.30malam sampai laaaaaah pukul 6.30pagi. Mak aii lama gila kan kerja nyer. Sampai tak tidor aku dibuatnya. Berbaloi lah kot dengan upah RM200 untuk semalam. Uih, bunyi macam jadi gigolo lah pula. Hahahaha. 


Haaa, ini lah kerja aku semalam. Memasang tiles kat gym orang lain. Adalah dalam 2000 keping menatang tue, kami ada 4 orang. Mula-mula buat senang lah juga. Tapi lama-lama makin susah. Bukan apa, part yang tepi2 dinding tue. Dengan nak kena ukur dan potong bagai, tambah pula tile tue punya lah tebal nyer dekat-dekat 2inci juga tue. Memang seksa lah. Tapi bila pikir balik, tue lah pengalaman kan. Best gak. ^_^

"Bila kita ada duit, orang nampak kesenangan kita. Tapi mereka tak nampak kesusahan di sebalik kesenangan yang kita peroleh"

Wednesday, May 15, 2013

TIKA 10.30 MALAM

Tika 10.30 malam, ada yang bermadu kasih. Terlalu leka dengan syurga yang mereka bina. Mata memandang mata. Tangan menyentuh tangan. Namun hati adakah selamanya akan bersama. Tika 10.30 malam, ada yang tamat berlakon untuk hari ini. Sekadar pelakon sampingan yang kederatnya dikerah semaksima yang mungkin bagi mendapatkan upah yang sedikit.  Mereka sibuk menutup kedai, mengira wang, mencuci lantai. Keletihan dirasai, namun kegembiraan kelihatan di raut wajah mereka. Mungkin kerena mereka teruja untuk pulang ke rumah masing-masing setelah penat berusaha. Sepatutnya aku bersyukur. Alhamdulillah. Kini 11.00 malam.

"Jangan terlalu memandang langit hingga lupa bumi dipijak, jangan terlalu mengejar di hadapan hingga lupa di belakang ketinggalan"