Thursday, August 11, 2016

POSTING

Minggu depan ramai bakal-bakal guru akan posting ke sekolah masing-masing. Termasuklah housemates aku, 2 orang tue. Aku bangga dengan diorang. Selepas setahun lebih diorang graduated, akhirnya kini diorang berjaya dapat tempat untuk posting. 

Tapi, jujur aku cakap, aku cemburu dengan diorang. Kenapalah aku tak matang masa matrikulasi dulu? Main ikut je duk apply degree course yang sama dengan kawan-kawan. Langsung tak fikir tentang apa yang aku nak jadi nanti. Nak kata tak pandai, result lagi bagus dari orang lain.

Sekarang nie, aku hidup dengan kesilapan yang aku dah buat. Dan aku cuba untuk capai balik apa yang aku nak jadi. Destinasi yang aku impikan dulu nie, maybe aku tak boleh dah nak pergi, sebab aku dah terlajak jalan. So, aku akan pergi ke destinasi yang hampir sama dengan destinasi impian tue.

0 comments: