KAWAN ATAU LAWAN
Assalammualaikum. Lama dah rasanya aku tak update blog nie. Bukan tak ada cerita nak bagitahu. Sebenarnya banyak, tapi tue lah. Bila mood tengah tak stabil, takut nanti mencarut lah pulak kat blog nie. Huhuhu.
Minggu lepas aku baru je lepas keluar dengan kawan aku. Kitaorang lost contact lama dah. Nak kata rapat takde lah rapat sangat. Baru 2,3 bulan lepas dia muncul. Masa join lepak dengan kawan-kawan sekolah yang lain. So, Selasa lepas lah, semangat sungguh dia nak ajak aku keluar. Entah nak buat apa entah. Aku ingat nak ajak dia makan dekat foodcourt. Tapi dia bawa aku sampai KL lah pula. Siap bawa aku pergi Pavilion pula tue.
Sampai je kat sana. Lepas je solat Maghrib, dia cakap kat aku. Ada something nak tunjuk kat aku. Haaaaa. Start dari sini lah aku rasa dah tak sedap hati. Seperti yang aku jangka. Semua nie, start dari kemunculan dia 2,3 bulan lepas sampai lah sekarang. Semua nya sebab nak promote MLM. Aku tak tahu lah dengan korang, tapi aku rasa semua orang tak suka MLM. Kankankan.
Syarikat MLM kawan aku tue..heee |
Lepas je dia cakap niat asal dia bawa aku keluar. Aku pon terus tetapkan hati aku. Pasang pagar siap-siap agar tak terpengaruh dengan segala taktik yang akan dia buat lepas nie. Tapi nak buat macam mana, aku sangat-sangat-sangat-sangat-sangat lah mudah percaya dengan orang lain. Ada juga terdetik dalam hati aku nak join, tapi bagi aku tue semua nafsu aku lah kot. Last-last, sampai pukul 2,3 pagi juga lah aku duk melepak dekat situ. Aku pon terpaksa menipu dia, cakap yang aku nak join. Kalau tak, memang tidor kat sana lah aku jawabnya. Huhuhuhu. Sampai je kat rumah, terus aku tak layan mesej dan call dia. Hahaha.
"Orang MLM kecoh bagitahu kat orang lain yang dia kaya, income beribu-ribu tiap bulan. Tapi takkan duit banyak-banyak belanja aku minum air milo je kot. Kat kedai mamak pula tue. Roti canai takde ke. Huhuhu."
Apa yang aku belajar hari tue, jangan mudah percaya pada kawan yang tiba-tiba muncul dan rapat dengan anda. Bak kata pepatah, pasti ada udang disebalik batu. Tapi kalau pasal MLM tue bukan udang lagi tue. Coz udang boleh makan. Kalau pasal MLM tue lintah disebalik batu. Huhuhu.
0 comments:
Post a Comment