Sunday, December 30, 2012

TERIMA KASIH 2012


Assalammualaikum. Dah genap setahun sudah aku tak post something kat blog ini. Semuanya sebab tahun 2012 aku sangat lah sibuk. Sentiasa penuh dengan aktiviti. Awal tahun dulu, siang aku busy dengan praktikal dan malam pula aku melepak dekat gym. Habis praktikal aku duduk rumah, memang tak boleh lah nak online. Entah kenapa minggu lepas aku tergerak hati untuk  tengok balik blog aku ini, tapi semuanya dah berubah. Aku jadi macam orang yang baru belajar menggunakan blog. Dashboard berubah, settings untuk blog pon berubah juga. So, aku terpaksa explore balik semula semua sekali. Okay cukup lah mengarut untuk pendahuluan kali ini.

Untuk pengetahuan semua, sekarang ini aku tinggal dengan family pak cik (adik abah) aku. Dan aku juga sekarang dah bekerja dengan syarikat sekuriti, bukan sebagai pak guard tapi sebagai executive account. Selain itu, dua minggu lepas aku baru sahaja daftar perniagaan perkongsian untuk mencetak dan menjual tshirt. GOM Studio. Ini lah nama perniagaan yang dah lama aku impikan. Harap-harap lepas ini aku jadi seorang dewasa yang rajin bekerja bukan nya macam dekat UUM dulu, seorang budak lelaki yang malas belajar. Hahahaha. Macam tak percaya bila salah satu daripada impian aku untuk buka perniagaan mencetak dan menjual baju dengan kawan-kawan ini tercapai. So, lepas ini just tinggal satu saja lagi impian aku. Hendak buka restauran dengan family aku. Aku akan kerja kuat untuk kumpul duit melalui GOM Studio ini dan kemudian buka restauran family aku pula. Amiiinnn.

resit pendaftaran perniagaan =)


Tahun 2012 ini banyak bagi makna dekat aku, start dari awal tahun hinggalah hujung tahun. 2012. Aku mula join group facebook “MRMF(Malaysian Running Man Fan’s) dan Gom Family(MRMF’s admins). Aku banyak belajar mengenai akaun syarikat masa praktikal. Aku mula mengenal gym dan crossfit. First time aku pergi konsert. Kemudian, aku jumpa seorang pencuri hati. Hahahaha. Aku belajar erti kehidupan sebenar yang tak dapat belajar di UUM. Dan yang paling penting aku belajar,

“Family itu bukan terhasil daripada ikatan darah daging tapi ikatan kasih sayang.”

Terima kasih 2012, kerna memberi banyak makna kepada aku. Terima kasih dan syukur pada-Mu ya Allah, kerna bagi aku aku peluang untuk bernafas setiap hari di tahun yang indah ini. Semoga tahun 2013 semua salah faham akan selesai, semua ikatan akan semakin erat, semua usaha membuahkan hasil, semua kekeliruan akan terjawab, dan semua nya akan tersenyum dan bahagia selalu.

0 comments: