Wednesday, January 9, 2013

EJEN INSURANS


Assalammualaikum. Pagi semalam, seorang ejen insurans dah promote pada aku satu produk insurans dia. Sebenarnya dia ini ejen insurans kepada bos aku (kiranya bos aku ini client dia lah). Masa dia datang masuk office kami dua hari lepas, first time baru nampak muka aku. So apa lagi lah kan. Nama pon ejen insurans, memang mereka akan promote lah produk insurans mereka kat semua orang dalam dunia ini. Tapi hari itu dia just kenal dengan aku dan ambil detail aku sikit lah (nama, tarikh lahir dan umur). So, semalam memang dia promote habis-habisan lah insurans dia kat aku, siap dia suruh pula aku terangkan balik kat dia. Memang nak suruh aku paham sangat lah. Lecturer kat universiti pon tak mengajar sampai suruh student terang balik semula macam itu sekali kan. Huhuhu.

Lepas itu pula, dia suruh aku isi borang daftar masa itu juga. Gila apa? Dia baru saja cakap dengan aku 30minit lepas itu nak suruh aku terus isi borang. Bukan lah nak cakap dia menipu ke apa. Tapi waras lah sikit, ada ke nak buat keputusan kewangan untuk 30tahun dalam masa 30minit. Ehhhh. Betul ke 30tahun? Aku rasa dengar macam dia ada cakap 30tahun masa itu. So, maybe 30tahun installment lah kot. Bayangkan RM150 x 30 x 12 = RM54,000 punya keputusan aku nak kena buat dalam masa 30minit. Memang tak lah. Aku bukan nya budak lurus bendul yang dulu lagi. Main ikut saja cakap orang. Orang cakap benda ini bagus, aku pon ikut join sekali. Sorry sangat-sangat lah yerk.

Tapi kan, sebenarnya insurans ini bagus. Cuma ikut kita lah nak buat ke tak. Bergantung kepada pendedahan kita terhadap penyakit dan persekitaran yang merbahaya. Bagi aku, buat masa ini aku tak perlu lagi kot untuk beli insurans ini. Dengan gaji yang sedikit ini, lepas itu tolak pula dengan duit simpanan ASB yang aku masuk tiap-tiap bulan, kalau aku nak kena bayar installment insurans pula, memang tak makan lah aku. Ejen itu ada juga pujuk suruh aku bayar guna duit simpanan untuk ASB aku itu. Aku tersenyum je. Tapi dalam hati aku cakap;

“Erkkk, sorry ya pak cik. Duit itu jangan usik yerk. Sebab masa start kerja dulu saya sudah buat target dah untuk ASB saya sampai tahun 2015.”
“So, biar apa pon yang jadi. Saya takkan kacau duit itu. Paham.”

Bila kita dah buat suatu azam. Dan tiba-tiba ada orang cuba kacau kita dari capai azam itu. Memang kita marah lah kan. So, macam itu lah aku rasa. Sampai aku balik rumah tadi, terus capai headphone. Pasang lagu kuat-kuat dan baring. Stress aku dengan orang macam ini. Emmm. Aku rasa hari ini dia akan datang tanya aku lagi. So, eloklah kalau aku terus terang saja dekat dia. Yang aku tak nak join insurans itu. Just cakap dengan jujur saja. Aku tak nak join sebab aku rasa aku tak perlukan lagi insurans buat masa ini. Tak payah lah nak bagi alasan macam-macam.

“Anda terpaksa membuat alasan baru bagi setiap alasan yang telah anda buat dulu nya. Ianya berterusan. Dan akan terhenti disaat anda berterus terang.”

Agak-agak kan, boleh tak kalau kita pasang pokok krismas kat dalam rumah kita?
Sebab aku suka pokok krismas ini..=)

0 comments: