Sunday, January 6, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013


Assalamualaikum semua. Macam mana dengan tahun baru 2013 ini. Dah pasang azam baru ke belum? Azam sama lah juga macam impian. Yang membezakan azam dengan impian ialah azam merupakan apa yang kita ingin capai dalam jangka pendek (setahun), impian pula apa yang kita ingin capai untuk jangka panjang. Kalau tak ada niat azam baru lagi, aku rasa elok lah kalau korang buat azam sekarang. Mungkin ramai yang akan cakap, “Alah, kalau setakat azam saja, tapi langsung tak buat apa-apa. Baik tak payah nak berazam. =p “ Buat azam baru itu menunjukkan yang kita ada niat untuk berusaha. Tapi kalau tak buat azam, lagi teruk lah kan. Sebabnya memang dah terang-terang menunjukkan yang kita langsung tak nak berusaha. So, marilah kita buat azam baru yerk. Ada siapa-siapa berazam nak kahwin ke tahun ini. Itu pon azam juga lah kan. Huhuhu.
“Orang yang paling miskin adalah orang yang tiada impian”

Masjid Putrajaya. Saja nak menyelit sekejap. Huhu. 


Semalam aku baru saja lepas telefon ibu (family angkat) untuk bertanya khabar. Maklum lah bulan lepas ibu mesej aku langsung tak balas. Kalau nak balas sekarang, macam pelik lah pula kan, mesej bulan lepas baru balas bulan ini. Huhuhu. Masa telefon, ibu adalah juga cerita pasal akak eksiden kereta dua minggu lepas. Sampai terbalik juga lah kereta dia. baru je aku cakap “Emmmm.” Ibu dah pintas dah, “Kamu tahu lah kan macam mana akak drive kan. Kamu kan pernah naik kereta dengan dia.” Memang aku ingat sangat lah kan masa pertama kali aku naik kereta dengan dia. Sampai habis semua isi perut aku mengecut masa itu. Laju gila lah. Syukurlah dia tak cedera masa eksiden hari itu. Lepas ini jangan drive laju-laju yerk kak. =)

“Tika memandu, apa yang kita bawa bukan hanya kereta. Malahan nyawa kita dan nyawa orang yang kita bawa bersama”

Kita bukanlah kucing yang kononnya ada sembilan nyawa. Kita ini manusia yang hanya ada nyawa sahaja. Tiada kehidupan semula macam yang dikatakan dalam mitos-mitos. Kalau ada pon mungkin kehidupan semula itu adalah alam kubur saja kan. Nasihat ini untuk kita semua lah yerk. Aku pula drive slow sangat-sangat. Tapi aku pon bukan lah pemandu yang baik. Sebabnya aku ini tak berapa pandai nak badget posisi kereta. So, aku kalau bagi parking. Memang fail lah. Maklumlah banyak sangat hormon perempuan dalam badan aku ini. Sampai perempuan punya hormon parking kereta pon aku dapat juga. Hahaha. Okay lah. Sampai sini saja lah cerita untuk kali ini. Papai. Selamat tahun baru. Jangan lupa yerk. Azam. Azam. Azam. 

0 comments: